Posted by Unknown on 1:14 PM No comments
Perginya Seorang Sahabat...

Aku gagahkan jari jemari dan hati ini untuk menekan keyboard ini. Airmata ni mencurah sahabat untuk keberapa kian kalinya aku tidak pasti.Semoga nukilan yang aku coretkan mampu membuatkan aku sentiasa mengingati setiap memori terindah kita.

9Feb2015...tarikh yang pasti aku ingat sahabat. Berita yang aku tidak duga dan pastinya aku tidak sangkal dirimu telah pergi menemuiNYA untuk selama2nya. Sahabat, kalau aku tahu itu sms yang terakhir akan nkau kirimkan, akan aku mohon jutaan kemaafan andai ada salah silap sepanjang kita bersahabat.
Sms terakhir 8Feb2015, jam 12:43pm " Assalam kwn2, aku nak minta maaf klu ade salah silap, doakan aku selamat...sok aku besalin (operate) ". Maafkan aku sahabat, aku hanya manusia biasa yang tidak dapat menyangkal itu sms terakhir dari mu sahabat. Maafkan aku...maafkan aku...maafkan aku...

Sahabat, kita ditemukan semasa zaman kita bersekolah lagi. SAMT Sultan Hisamuddin, Kampung Jawa Klang pertama kali kita bersua dan menjadi titik permulaan kita bersahabat. Walaupun kita bukan seakrab isi dan kuku, tapi kita saling bertegur sapa. Sahabat, kita berkenalan hanya 3tahun di sini dan aku bertukar ke sekolah lain dan mungkin aliran yang aku ambil tidak terbawak dek hati muda aku.

Sepanjang kite terpisah, tiada khabar berita tiada panggilan telefon tiada wasap, semuanya tiada. Zaman muda mudi kita belum semaju sekarang. Kita terputus hubungan.
Tetapi disebabkan ayahmu sahabat dan abah aku bekerja di satu tempat yang sama. Aku tahu perkembangan dirimu sahabat serba sedikit sentiasa sihat di samping keluarga tersayang. Alhamdulillah...syukur Ya Allah...

Ketentuan Allah SWT dan perancangan dariNYA memang hebat. Kita ditemukan semasa kita melanjutkan pelajaran di Cosmopoint Klang, dengan jurusan yang sama sahabat. Kita berdua menjadi sahabat seakrab seperti isi dan kuku, ke mana dirimu sahabat disitulah adanya aku. Kita sentiasa bersama, " telur mata kerbau" memang kegemaran mu sahabat. Aduhhh...kedai mamak tu terus menjelma sahabat....

Bas No 59, kenderaan utama bersama kita untuk menuntut ilmu.Kita berjanji setiap hari untuk menaiki bas yang sama. " Zila, bas dah sampai dekat umah aku...nkau bleylah kluar skrg pegi tunggu bas". Memandangkan rumah sahabat berhampiran dengan highway, jadi sahabat akan nampak bas yang lalu lalang dan bas destinasi pertama akan pick up penumpang adalah dari tempat aku. Copkan tempat duduk kat bas memang tugas aku sahabat, untuk kita duduk bersama dlm bas. Banyak kenangan tercipta banyak kenangan terindah denganmu sahabat.

Murninya hatimu sahabat, sungguh murni.

Memandangkan bas kat kawasan sahabat dan aku tinggal kekadang lambat. Aku ambil keputusan menunggang motosikal ke tempat belajar. Aku bonceng mu sahabat!. Minah rempit katanya...masih terbayang gelak tawamu...gurau senda dari mu sahabat
Ada 1 hari tu kita jatuh bersama2...ingat tak sahabat???...Maafkan aku sahabat, aku cuai...Alhamdulillah tidak ada luka berdarah sahabat. Aku bersyukur.

Tamat alam belajar...jodoh kita masih panjang sahabat. Kita bekerja di tempat yang sama. Masih lagi bersama2 ke tempat kerja. Ogawa World Bhd dalam kenangan. 7tahun kita bekerja bersama sahabat, dari zaman muda mudi sehinggalah zaman kita di miliki orang...Kita membina keluarga bersama insan terpilih untuk di samping kita. Alhamdulillah...

Tahun ke 8, aku berpindah ke tempat kerja baru. Maka, terbatas hubungan kita. Tidak lagi boleh ketawa bergurau senda kat dalam kereta dan kat tempat kerja. Tapi, kita masih berhubung melalui email mahupun sms. Terhibur sahabat dengan kata2 darimu.

Sahabat...sepanjang perkenalan kita banyak aku belajar darimu. Banyakkan bersabar dan diamkan diri tatkala orang mengata diri kita. Itu yang aku belajar darimu sahabat. Tapi aku tidak sesabar dirimu sahabat, kekadang nasihatmu aku ingkar! Sungguh aku tidak sesabar dirimu sahabat...Maafkan diri ku! terlalu daif diri aku ni sahabat!

Nukilan aku berhenti di sini sahabat...aku tidak sekuat dirimu...hati aku terlalu rapuh terlalu sebak dengan pemergianmu...

Air mata aku tidak tertahan terus menerus mengalir tanpa henti...Aku redha dengan pemergianmu....Aku pasti dikau ditempatkan di kalangan orang2 yang beramal solehah..Ameen

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB : https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775

0 comments:

Post a Comment