Posted by Unknown on 12:26 PM No comments
Puting Payudara

Sememangnya wanita yang di lahirkan dianugerahkan mempunyai berbagai jenis puting dan saiz payudara. Alhamdulillah....

Ini tidak boleh dijadikan alasan, wanita yang bergelar ibu tidak mahu menyusukan bayi mereka. Ia boleh dilakukan dengan keadaan yang baik tidak kira jenis apa puting payudara yang kita miliki. Ia terpulang kepada diri kita sendiri mahu meneruskan penyusuan ataupun tidak.

Terdapat 3 jenis puting payudara yang sering ibu menyusu ini mengeluh tidak dapat menyusukan bayi mereka dengan sebaiknya. Ia adalah :
1. Puting leper & tidak regang 
2. Puting panjang & besar
3. Puting tenggelam
Bagaimana Cara Pengendaliannya :
1. Puting leper & tidak regang 
✔ Tetapkan keyakinan ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif
✔ Mulut bayi perlu merangkum areola dan bukannya menghisap puting semata-mata
✔ Latih bayi melekap dengan betul dengan ibu seawal hari pertama kelahiran iaitu 1 jam selepas kelahiran
✔ Berlatih dengan kerap sepanjang masa
✔ Letakkan bayi pada posisi yang betul dengan ibu, ini boleh menonjolkan puting yang leper
✔ Susukan bayi sebelum payudara membengkak. Ini kerana apabila pembekakan berlaku ia merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper
✔ Ibu juga boleh mengepam susu ibu sebelum menyusui bayi bagi menonjolkan puting payudara

2. Puting panjang & besar
✔ Akan menyebabkan kesukaran kerana bayi tidak dapat melekap dengan areola dengan baik
✔ Dapatkan posisi dan pelekapan yang baik untuk keselesaan bayi iaitu pada areola dan bukan pada puting payudara
✔ Sekiranya masih gagal, ibu bolehlah memerah susu dan apabila bayi besar sedikit dan dapat menghisap puting ibu, mulakan semula dengan penyusuan ibu dengan lekapan yang berkesan.

3. Puting Tenggelam
✔ Tidak mempunyai masalah untuk penyusuan ibu
✔ Ibu perlu yakinkan diri boleh menyusukan ibu dengan baik dan berkesan


Di harap, perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana menyusukan bayi mereka dengan baik dan berkesan. In Syaa Allah.

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB : https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775 

0 comments:

Post a Comment