Posted by Unknown on 12:19 PM No comments
TEKANAN??
STRESS??

Maksud yang sama hanya bunyi yang berbeza...hehehehhe....
Rasanya semua ada tekanan...tak kira lah dari mana datangnya tekanan tu.
Apa yang penting cara kita menghadapi tekanan itu.
Jika Anda sedang merasa tertekan, kerana sesuatu perkara alangkah baiknya untuk segera mengambil tindakan yang dapat menguranginya. Namun, jika anda terlalu sukar untuk mengatasi tekanan itu atau tidak tahu bagaimana caranya, cubalah untuk meluangkan waktu untuk membaca info di bawah ini.

Cara mengatasi tekanan kerana pekerjaan
Jika kita menghadapi tekanan di tempat kerja, memang cara utama sekali adalah berjumpa dengan orang atasan kita. Tetapi, kita hendaklah mengutarakan masalah yang kita hadapi semasa kita tenang dan berfikir secara waras, bukan untuk menghamburkan emosi tidak terkawal kita . 

Jika kita mempunyai konflik dengan rakan sekerja, ambil lah jalan mudah dengan hanya menjaga komunikasi dan sikap kita dengan profesional. Anda hendaklah tenang sewaktu berhadapan dengan masalah mahupun tekanan. Namun, jika tidak berhasil, tiada salahnya untuk mencari pekerjaan yang menyenangkan bagi anda. Paling penting anda mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran untuk sesuatu kerja yang dilakukan,

Cara menatasi tekanan kerana masalah ekonomi
Masalah ekonomi akan menjadi tekanan apabila kita tidak tahu cara yang sesuai untuk selesaikannya, Jadi, cubalah untuk menyusun anggaran kewangan yang perlu kita gunakan, dengan demikian anda dapat melihat kemana aliran kewangan itu pergi? Setelah memeriksa dengan terperinci, anda bolehlah atur kewangan anda dengan bijak.

Elakkan untuk berhutang barang yang tidak berfaedah. Hanya beli barang keperluan yang penting sahaja. Belajarlah untuk berpuas hati untuk apa yang kita miliki, tidak perlu membazir untuk keperluan yang tidak penting. Ini merupakan cara bijak kita mengendalikan aliran kewangan.

Sewaktu membuat anggaran kewangan itu, berbincanglah dengan seluruh anggota keluarga sehingga mereka juga dapat bekerjasama dengan anda untuk melakukan penjimatan dalam aliran kewangan sekeluarga. Ingatlah! tekanan datang karena anda menginginkn sesuatu yang lebih padahal kenyataannya anda tak mampu memperolehnya.

Cara mengatasi tekanan di kalangan keluarga
" Home Sweet Home ", demikianlah pepatah bagi rumah yang aman untuk di diami, maka jangan jadikan rumah sebagai medan peperangan untuk menyalahkan satu sama lain terhadap tekanan yang terjadi. Sama halnya seperti di pejabat, komunikasi masih menjadi saranan utama yang efektif meringankan tekanan.

Sudah ketinggalan zaman, jika kita mengambil jalan mudah dengan menghamburkan segala tekanan kepada ahli keluarga kita. Komunikasi secara berkesan merupakan jalan yang betul untuk setiap masalah yang di hadapi!

Kadangkala, kita perlu memilih kawan yang dapat memahami kita secara mendalam dan memahami tentang masalah yang kita hadapi untuk berkongsi cerita.

PALING PENTING!
Jagalah amalan rohani...kewajiban kita terhadapNYA...In Syaa Allah jiwa sentiasa tenang dan dapat berfikir secara waras dalam apa jua tekanan yang kita hadapi :)

Tadahlah tangan...bersujudlah memohon padaNYA...

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB : https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775 

0 comments:

Post a Comment