Posted by Unknown on 10:42 AM No comments
Apa itu Thyroid ?

Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. 
Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. 

Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.

Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. 

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Jenis-Jenis Thyroid
Ada dua jenis sakit thyroid yang utama :  

1. Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan

Thyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini bisa pulih dengan sendirinya

Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme :
> Bengkak di leher
> diare
> Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
> Gementar dan gelisah, terketar-ketar
> Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
> Kesuburan turun
> Penumpuan kurang
> Mata menjadi besar (bulging)
> bad mood
> Kejang otot
> Osteoporosis (kereputan tulang)
> Pengeluaran peluh banyak, bertambah. 
> Suhu badan naik, tak tahan panas
> Rambut rontok
> Sukar bernafas
> Sukar tidur
> Tekanan darah naik
> Turun berat badan walaupun selera naik
> Lemah 

2. Hypothyroidism
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism :
> Badan rasa lemah 
> Daya ingatan menurun 
> Hilang deria rasa dan bau 
> Kadar pengepaman jantung perlahan 
> Kulit jadi kuning – lesu, pucat 
> Kulit kering 
> Masalah kesuburan 
> Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi) 
> Muscle cramp dan bengkak 
> Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) 
> Pendarahan haid banyak (heavy period) 
> Percakapan lambat 
> Pertambahan berat badan 
> Rambut rontok
> Rasa mengantuk 
> Rendah nafsu seks 
> Sakit kepala 
> Sembelit 
> Suara menjadi serak 

> Tak tahan sejuk

Siapa yang berpotensi mendapat penyakit tiroid ini?
* perempuan
* diwarisi (genetik)
* menghidapi masalah pituitari atau endokrin yang lain
* berusia lebih 60 tahun

* perokok

Bagaimana Vitamin Shaklee dapat membantu ?
Supplemen Shaklee berikut boleh di ambil tidak kira sama ada anda mempunyai hyper atau hypo thyriod : 
> B Complex
> Vitamin C
> Vitamin E
> Ostematrix
> Zinc

Bagi anda yang mempunyai hyperthyroid :
> Boleh ambil ESP
> Tidak boleh ambil vitalea dan alfalfa

Bagi anda yang mempunyai hypothyroid
> Boleh ambil Vitalea dan alfalfa
> Tidak boleh ambil ESP

Jadual Perbezaan antara Hyperthyroid (Sangat Aktif) dan Hypothyroid (Kurang aktif)


Bil
Perkara
Hipotiroid
Hipertiroid
1.     
Pergerakan usus
Sembelit
Kerap membuang air besar/ cirit birit
2.     
Otak
Tekanan perasaan dan bermasalah untuk fokus serta bermasalah dalam memori
Beremosi, gugup, keresahan
3.     
Otot
Otot bengkak, pergerakan yang lembap dan lemah
Otot lemah dan bergetar
4.     
Rahim
Mandul / keguguran
Kedatangan haid yang tidak sekata / mandul
5.     
Metabolisme
Peningkatan berat badan
Penurunan berat badan, walaupun mempunyai selera makan yang tinggi ( walaubagaimanapun terdapat seorang daripada 10 orang akan naik berat badan)
6.     
Jantung
Kadar jantung yang lemah
Kadar jantung yang tinggi , berpeluh
7.     
Kulit
Kering dan / atau pucat

8.     
Suhu
Merasa sejuk dengan senang
Tidak dapat bertolereransi dengan kepanasan dan berpeluh lebih daripada biasa
9.     
Rambut / kuku
Kasar , rambut menipis, kuku rapuh
Keguguran rambut atau rambut menipis
10.   
Tidur
Rasa lemah dan banyak tidur
Rasa lemah tapi susah untuk tidur
11.   
Lain-lain
Suara serak, pergerakan muka yang lemah
Nafas pendek / tercungap , bola mata yang tersembul

ELAKKAN!

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB : https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775 

0 comments:

Post a Comment