Posted by Unknown on 12:06 PM No comments
Normal atau Tidak???

Masalah yang di hadapi oleh wanita setiap bulan....Masalah PMS ataupun pre-menstrual syndrome adalah masalah yang selalu dihadapi oleh wanita sebelum dan ketika haid. Rasa ketidakselesaan seperti sendi-sendi berasa lenguh, payudara membengkak, mood swings merupakan simptom biasa bagi PMS ini.

Tetapi, menjadi lebih teruk lagi jika semasa haid, darah yang keluar adalah berketul-ketul. Badan akan menjadi lemah kerana pendarahan haid yang terlalu banyak. Kadangkala tempoh haid yang terlalu panjang juga boleh menyebabkan badan menjadi lemah.
Proses haid ialah membuang keluar darah, mukus dan sel mati. Proses ini berlaku dalam tempoh tetap dari masa akil baligh hinggalah menopaus (putus haid) kecuali ketika mengandung dan penyusuan. 
Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun).
Tempoh kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Bagi sesetengah individu, kitaran mungkin lebih pendek iaitu 21 hari dan sebilangannya pula boleh mencecah sehingga 35 hari. Tempoh haid yang normal antara dua hingga tujuh hari dan purata tempoh datang haid ialah tiga hingga lima hari. 

Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Natasha Ain Mohd Nor berkata, ramai wanita menganggap pengaliran haid yang banyak sebagai aliran normal. 

Bagaimanapun, kehilangan darah bulanan yang banyak akan membawa kepada anemia yang menyebabkan kelemahan atau keletihan. Menurutnya, jumlah darah dan cecair yang hilang dari badan akibat haid biasanya antara empat hingga 12 teh sudu bagi setiap kitaran. 
Tubuh lazimnya melepaskan bahan anti gumpal untuk memastikan darah haid tidak berketul apabila keluar. Bagaimanapun, apabila haid mengalir dengan banyak, bahan anti gumpal tidak cukup masa untuk bekerja menyebabkan darah haid yang keluar berketul. Jika banyak ketulan darah berbanding pada waktu haid yang biasa, anda patut berjumpa doktor untuk mengesan penyebab ketidaknormalan kedatangan haid berkenaan. 
Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah normal jika darah haid yang keluar berwarna gelap atau kehitaman. Ia perkara normal yang berlaku apabila darah lebih lama tidak keluar dari tubuh dengan cepat. Aliran haid kadangkala banyak dan kadangkala sedikit. 
Warna darah haid ialah hitam, perang, coklat, merah gelap, merah terang dan merah jambu. Darah haid berbau kurang enak selepas terdedah kepada udara dalam tempoh tertentu. 
Menukar tuala wanita dua kali sehari kerana pengaliran haid yang banyak ialah perkara normal. Namun, jika anda terpaksa menukar tuala wanita sehingga lima atau enam kali sehari dengan syarat pad penuh setiap kali menukar yang baru, ia bukan perkara yang perlu dipandang remeh kecuali anda seorang yang sangat hygienic (sgt pembersih) dan kerap menukar pad yang walaupun setitik darah sahaja yang membasahi pad.

“Ramai wanita biasa berdepan aliran haid yang banyak pada setiap bulan dan menganggap ia perkara normal. Kehilangan darah secara berlebihan sewaktu haid boleh menyebabkan anemia yang membuatkan anda rasa lemah dan pucat. 


“Anda perlu berjumpa doktor jika kedatangan haid yang banyak menyebabkan tubuh lesu, pening lalat dan pucat. Selain itu, perhatikan warna kuku jari. 


“Jika warnanya pucat iaitu tidak merah jambu seperti normal, ia tanda ada masalah dengan haid anda. Haid yang tidak sekata iaitu selalu keluar dalam aliran yang banyak juga petanda yang sepatutnya disedari wanita itu bahawa dia perlu bertemu doktor bagi menangani masalah itu. Banyak faktor yang menyebabkan masalah haid,” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika membincangkan isu bertajuk Tubuh Anda dan Haid di bengkel media anjuran Bayer Healthcare, di Port Dickson, baru-baru ini.

Sumber : e-medik


GLA Complex Shaklee merupakan cadangan terbaik yang saya berikan untuk pelanggan saya.
Kenapa???
GLA Complex Shaklee dihasilkan melalui borage, iaitu sejenis bunga yang mengandungi GLA iaitu Gamma linolenic acid yang tinggi. GLA biasa terdapat di dalam Evening Primrose Oil yang selalu menjadi alternatif dalam melegakan dan menyembuhkan masalah wanita ini. Selain itu, ia juga mengandungi minyak bunga matahari yang menjadi sumber asid lemak Omega-6.
Kelebihan GLA Complex Shaklee adalah turut dilengkapi dengan vitamin E yang berfungsi melindungi salur darah (dinding arteri) serta membantu menguatkan sel dalam badan kita.




Lebih baik mencegah daripada merawat...


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini

Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB : https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775

0 comments:

Post a Comment