Posted by Unknown on 12:13 PM No comments
Sakit Kepala Menyerang!!!

Wahhh...kenapa sasaran sakit kepala nih orang2 muda jew....dengar pun takut...ade kesan2 sampingan kew???So...hari nih mari kita kongsikan kenapa ramai orang muda yang mengalaminya. Ramai golongan muda akan mengalami saat2 di mana tiba2 kepala sakit dan berdenyut sehingga memaksa seseorang baring untuk merehatkan diri. Telan PANADOL bukan lah penyelesaiannya. Inilah dia migrain yang banyak menyerang golongan muda masa kini.

Apa Penyebab Utamanya
Ini kerana faktor pemakanan di kalangan muda yang mengambil mudah akan pentingnya penjagaan pemakanan. Faktor utama adalah pemakanan yang tidak terkawal dan pengambilan kopi yang konsisten di kalangan muda mudi.

Apa itu Migrain

Berasal daripada perkataan Greek ‘hemikrania’ yang bermaksud sebelah tengkorak atau di kenali sebagai ‘vescular headache’. Ia adalah sejenis penyakit kepala yang kronik dan pesakit biasanya tidak mampu menjalankan tugas seharian dengan baiknya, malah sesetengahnya ada yang tidak makan, minum dan hanya terbaring lemah. Apabila ia berlaku, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Menurut kajian, golongan wanita kebanyakannya lebih kerap menghidapi penyakit migrain terutama ketika haid.
Sakit kepala biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun, jika ia sakit yang berpanjangan dan keadaannya serius hingga mendatangkan kesan berpanjangan, ia dikira sebagai migrain.
Migrain berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan tekak rasa loya sehingga menyebabkan pesakit muntah. Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian saja.

Punca-puncanya
* Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain
* Pemakanan yang tidak seimbang 
* Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)
* Bunyi dan bau yang kuat.
* Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.
* Tekanan emosi atau stres
* Merokok  
* Jantina ( wanita lebih kerap mengalaminya berbanding lelaki )
* Ketidakseimbangan hormon ketika datang haid

Cara Mengatasi
Golongan muda terutamanya, kaedah menyelesaikan masalah ini adalah sangat penting selain merujuk kepada pakar. Cuba kawal tekanan dan emosi dan elakkan daripada persekitaran yang berbau busuk, bunyi bising dan asap rokok kerana ia boleh mengganggu emosi penghidap migrain. Jika perut kamu kosong, cepat dapatkan makanan untuk alas perut dan dapatkan waktu tidur yang lebih teratur. Jangan masih berada di kedai mamak pada jam 2 pagi hingga ke azan Subuh kerana itulah antara punca berlakunya migrain.
Golongan muda gemar untuk melengahkan waktu makan dan lebih berat lagi kerana mengambil makanan segera untuk mengalas perut. Itu juga antara penyebab yang membawa golongan muda untuk mengalami penyakit jenis migrain ini. Justeru jangan lagi menjadikan sikap ini sebagai satu tabiat.
Elakkan daripada makan makanan yang mengandungi ‘thyramine’ seperti coklat serta makanan tenusu seperti keju dan susu. Elakkan juga daripada mengambil makanan yang mengandungi ‘monosodium glutamate’ (MSG) serta bahan yang mempunyai bahan pengawet.Kentang goreng yang dibeli dari restoran makanan segera selalunya mengandungi bahan pengawet jenis ini dengan kadar tinggi. Elakkan dan jauhkan walaupun ada kalanya teringin.
Paling penting, hindari minum minuman yang mengandungi kafein berlebihan seperti kopi, nescafe atau alkohol. Jangan ikut trend untuk lepak di kafe kopi ataupun mengambil minuman keras setiap kali mengunjungi pusat hiburan. Berbahaya dan sangat serius kesannya. 

Atasinya dengan SET MIGRAIN daripada Shaklee

B Complex
* Mengawal fungsi saraf
* Bersifat anti stress
* Riboflavin (B2) tambah simpanan tenaga di dalam otak dan tambah aliran darah ke otak

Ostematrix

* Membantu atau mengawal pergerakan otot
* Bertindak sebagao transmisiimpuls saraf ke otak

Vita-C 

* Memperbaiki masalah insomnia dan stress yang berkaitan dengan mental


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB : https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775

0 comments:

Post a Comment