Posted by Unknown on 11:34 AM No comments
Cabaran???
Tekanan???
Bagi ibu-ibu yang bekerja dan meyusukan bayi mereka memang bukan sesuatu perkara yang mudah. Ini kerana sebagai seorang ibu, kita kena mengambil tahu tentang cara-cara dan kaedah-kaedah yang sesuai untuk bayi mereka sebelum kembali bekerja. Ibu yang bekerja juga tidak perlu untuk menghentikan penyusuan kepada bayi mereka. Perkara paling mudah dan penting adalah mempelajari bagaimana cara untuk memerah susu dan melatih bayi tersebut untuk mengambil susu tersebut.
Mari kita kongsikan bersama...Jadi, selepas ini ibu bekerja semua gembira kerana dapat menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Alhamdulillah.....
Bila Masa yang Sesuai Untuk Memerah Susu?
Sebelum ibu kembali bekerja, 1 hingga 2 minggu ibu sudah mula untuk memerah dan menyimpan susu ibu tersebut. Lakukan selama 15 hingga 20 minit. Terdapat 2 teknik untuk memerah susu :

Teknik 1 : Urutan Memerah dengan menggunakan tangan
1. Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
2. Urut perlahan-lahan atau tuam payudara beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu ibu.
3. Buat pegangan C pada payudara.Letakkan ibu jari diatas payudara berdekatan areola manakala jari-jari yang lain dibawah.Tekan payudara ke belakang ke arah dada.Picit dengan lembut selama 2 saat dan lepaskan.Teruskan sehingga susu keluar.
4. Pusing dan picit dari semua arah.Ulang proses ini sehingga tiada lagi titisan susu dan tukar ke payudara sebelah.Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir.

Teknik 2 : Memerah menggunakan Pam 
1. Baca Panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya.Basuh dengan bersih dan steril peralatan mengepam.
2. Basuh tangan dengan bersih.
3. Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks let-down.
4. Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield.
5. Mulakan sesi mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah kemudian barulah ditingkatkan kelajuan mengikut keselesaan.
6. Pam di kedua-dua belah antara 10-20 minit bergantung pada individu.

Bagaimana Menyimpan Susu yang telah di perah?
> Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
> Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
> Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
> Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.

Bagaimana Menyediakan Susu Ibu yang telah Di simpan Kepada Bayi ?
> Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
> Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
> Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
> Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
> Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)

> Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.

Jadual Eksklusif Untuk Bayi Anda
AMARAN!!! anda disarankan melatih bayi anda dengan susu perahan 2 minggu sebelum anda kembali bekerja. 
Masa Menyusu
Hari 1 - 3
Hari 4 - 6
Hari 7 - 9
Hari 10 - 13
Minum Pagi 7.30-9.00 pgSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperah
Minum Pagi 10.00-11.30 pgSusu ibuSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperah
Makan Tengahari 12.00 - 1.30 tghSusu ibuSusu ibuSusu yang diperahSusu yang diperah
Minum Petang 2.00 - 4.00 ptgSusu ibuSusu ibuSusu ibuSusu yang diperah
Sumber : Malaysian Breastfeeding Advisory Association

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB : https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775 

0 comments:

Post a Comment