Posted by Unknown on 12:24 PM 1 comment
Ibu Berpantang

Assalamualaikum...
Bertemu lagi kita di entry yang seterusnya...
Hari ini saya nak bercerita tentang MASALAH YANG DI HADAPI OLEH IBU SELEPAS BERSALIN...
Bukan mudah kan???? dari mula pregie sampai lah selepas bersalin...banyak cabaran yg bakal di hadapi..
Kehamilan merupakan proses yang berbeza bagi setiap wanita...ada yang melalui nyew dgn tenang jew kan...adew yg awal kehamilan memang menguji kesabaran. Ape pun ini merupakan saat2 yg paling berharga bg setiap wanita....Paling mengujakan! setinggi mana pun cabaran yang di hadapi semasa pregie...sebagai ibu kitew tabah jew kan...Kuat sungguh semangat srg ibu! Sebab itulah " Syurga itu Di telapak Kaki Ibu "...
Pengalaman sendiri dari anak 1st spai 3rd memang menguji kesabaran...Untuk tempoh kehamilan dari sebulan sampai 4@5bln memang betul2 menguji kesabaran aku. Alahan teruk, bau ape semua nak muntah...asal makan muntah...tak boleh nak telan ape pun...Kalau dah muntah memang rase cam isi perut pun nak terkeluar sekali! Bila ingat balik rase macam tak percaye aku boleh lalui semua tu dengan jayanya. Alhamdulillah...

Kembalikan Kesegaran...Kembalikan Tenaga
Dengar jew tangisan baby selepas bersalin...rase hilang semua penat lelah kan...Gembira tak terkata!
TAPI sebagai wanita banyak yang perlu kita jaga bila selepas bersalin...Ha kena tau yew...
Penting ni tau...sebab badan kitew nih nak pakai lame! soooo pepaham lah yew...baru lah en Hubby tak deq komplain kan....hehehehhe...
AKU???? aku memang jaga bebetul bab2 nih...tak mau komplain dari en hubby...hehehhehe....
Aku memang berpantang bersungguh2 bilew lepas bersalin nih...takut wooooo...shape badan larik then tak mau adew spare tyre kat perut...Aku takut! memang aku jaga betul lah..sebab tu bilew adew orang tanye "anak brape dah"....aku pn jawab ler kan dgn segan2...al maklumlah anak ramai...hahahahah " 3 orang"...cam terkejut pulak orang...yew kew...badan cantik jew....perut pun tak berlipat2...KEMBANG SETAMAN KEJAP AKU! Walau ape pun...bukan pujian yang aku nak. Aku selesa dgn keadaan aku..

Tak di nafikan banyak perubahan yang berlaku kepada wanita selepas mereka melahirkan cahaya mata. Antara perubahan yang sangat ketara ialah peningkatan berat badan. 
Di samping itu, perubahan fisiologi juga kerap berlaku seperti kandungan cecair darah meningkat, denyutan jantung yang kuat dan lebih kerap, tekanan darah dan pernafasan yang meningkat lebih daripada biasa, kulit yang menjadi renggang dan retak, timbul urat pada kaki serta perubahan mungkin berlaku di peringkat biokimia sel atau tisu badan.

Ketika bayi dilahirkan pula, wanita mengalami suatu perubahan agak serius yang boleh dianggap sebagai kecederaan. Ini disebabkan oleh proses kelahiran bayi yang perlu melalui saluran kemaluan yang sempit. Ini menyebabkan saluran ini renggang dan kadang kala cedera. 

Amalan disarankan nenek moyang kita juga dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya segi kesihatan, ia turut membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun sudah bergelar ibu. Selama 40 hari selepas bersalin, menjadi tempoh untuk menjalani pantang. 

Selain daripada perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kesedihan (depression). Malah sesetengahnya pula menjadi terganggu jiwa (psychosis) selepas melahirkan anak. 

Pelbagai cara berpantang boleh dipraktikkan untuk mengembalikan kesejahteraan dan kesihatan wanita antaranya seperti penjagaan dalaman seperti meminum air akar kayu, pengambilan makanan berkhasiat atau secara fizikal menerusi bertungku, mengurut, bertangkas dan lain-lain. Mandian wap juga memulihkan luka dalaman dan menegangkan otot dalam yang kendur selepas bersalin. 
Senaman atau gerakan otot adalah sangat penting selepas bersalin. Segala gerak otot ini perlu dipelajari sebelum melahirkan anak kerana bertujuan memperkukuhkan dua kumpulan otot iaitu otot pada lantai punggung dan otot pada perut. 

Bagi otot perut mengendur akibat kehamilan dan kelahiran sementara otot perut ia boleh dipulihkan kekuatannya menerusi senaman mudah seperti mengangkat kaki sambil berbaring dan sebagainya namun wanita dalam berpantang dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti berat. 


Perkara Lazim Selepas Bersalin
Susah kencing 
Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang-kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat senaman faraj semasa kencing dan letakkan tuala wanita yang suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing berlaku tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. 

Buasir 
Sekiranya anda merasa sesuatu keluar daripada dubur dan sakit setiap kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang tinggi semasa meneran menyebabkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, gunakan tuala wanita bersama diletak pada bahagian dubur. Sekiranya sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda disarankan berjumpa doktor. 
Sembelit 
Untuk mengelakkan daripada najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berserat tinggi semasa pantang dan minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. 

Sakit payudara 
Selepas beberapa hari bersalin, payu dara akan dipenuhi susu dengan banyaknya dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak selesa pada payudara selalunya berakhir sebaik bayi anda mula pandai menghisap susu. Anda juga boleh menggunakan tuala sejuk atau suam pada buah dada bagi mengurangkan bengkak. 

Rambut gugur 
Semasa hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan hormon daripada uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa. Namun selepas bersalin rambut anda akan luruh dua kali ganda lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi. Makan makanan berzat dan elak daripada mengering atau mewarnakan rambut secara keterlaluan. 

Perubahan warna kulit 
Anda mungkin perasan ada bintik bintik merah pada kulit muka dan leher selepas melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini akan hilang selepas seminggu. Kesan regangan pada perut pula tidak akan hilang dengan mudah. Ia akan menjadi hitam kepada putih selepas beberapa bulan. Perubahan kulit lain seperti jaluran hitam di tengah perut akan hilang sepenuhnya secara beransur ansur. 

Perubahan emosi 
Selain perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami gangguan emosi, kesedihan tak menentu dan risau berpanjangan. Ada juga yang mengalami masalah kemurungan. Masalah itu selalunya berakhir selepas 10 hari dan pada masa sama, cuba dapatkan tidur secukupnya atau dapatkan nasihat doktor. 

Perut buncit dan berangin 
Sejurus melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak ramping. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang hamil kerana usus mengandungi angin berlebihan. Keadaan ini hanya sementara kerana semua cecair badan dan lebihan lemak yang terkumpul sepanjang kehamilan bakal hilang. 

Pemeriksaan selepas pantang 
Selepas enam minggu, doktor anda akan memeriksa keadaan faraj dan rahim untuk pastikan sistem peranakan anda pulih 100 peratus. 

Pengambilan Makanan sepanjang berpantang 
Jenis ikan 
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana akan menyebabkan darah nifas berbau, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. 

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain. 

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan Yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka dalaman dan luaran. Ikan haruan hidup dalam lumpur juga mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan Yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut menyokong kebenarannya. 

Ulam-ulaman 
Ada pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi serat, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, mengandungi anti oksidan. 

Jenis sayuran dan buahan 
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam dan kekacang serta jeruk. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta berasid seperti air tebu, cincau, kelapa muda dan nanas. 

Jenis ayam dan burung 
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


Dari penjelasan mengenai pemakanan semasa pantang, jelas sekali kepentingan untuk mendapat vitamin dan mineral adalah sangat penting. Seperti contoh pengambilan ikan haruan yang sangat popular kerana mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Pati (sup) ayam juga penting untuk melancarkan aliran darah dan mengembalikan ketahanan tubuh badan.

Begitu juga dengan ulam seperti halia yang banyak mengandungi vitamin A, C, E dan antioksidan. Ada juga ulam yang boleh membantu membuang angin dalam badan. Selain dari itu pengambilan sayuran juga dititik beratkan untuk membantu masalah sembelit. 

Rasa2 nyew memasing boleh kew amik semua makanan2 berkhasiat tu dalam seharian????Memang rasenyew kurang kan... :)

Jom kita amalkan Set Berpantang daripada Shaklee ni. Set Berpantang ini terdiri daripada:-

1) Vitalea  - Multivitamin yang membekalkan 12 jenis vitamin dan 7 mineral penting
2) B complex - Pelbagai kepentingan seperti membantu dalam penghasilan hormon, pembentukan sel darah merah, mengekalkan kesihatan kulit dan salur darah.
3) Vitamin C - Membantu mengukuhkan sistem imun agar ibu kurang sakit
4) Zinc - Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran. Juga membantu dalam masalah rambut gugur.

Selain dari empat supplement diatas saya juga cadangkan untuk menambah Ostematrix. Bukan sekadar memenuhi keperluan kalsium tetapi juga membantu dalam masalah sembelit kerana adanya kandungan Magnesium...

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB : https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775 

1 comments:

  1. wife saya selepas berpantang, badan nye menjadi gatal. yg susah sembuh. berair , jd hitam , parut hitam, selepas tu berpindah ke tempt lain, vitamin ape sesuai utk wife saya ?

    ReplyDelete