Posted by Unknown on 12:07 PM No comments
Herbal Blend untuk Eczema

Alhamdulillah....Salam Pagi Jumaat...
Alhamdulillah masih di beri peluang untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa kepada pembaca entry saya.
Alhamdulillah masih di beri peluang bernafas di muka bumi Allah SWT ini.
Alhamdulillah masih di beri kesihatan untuk melakukan ibadat...Alhamdulillah....

Alhamdulillah......dalam kehidupan seharian kita, kita tak lepas daripada mengucapkan syukur Alhamdulillah...tanda kita bersyukur kepada pencipta.
Bersyukur itu penting bagi kita sebagai muslim ini...

Oklah...kali ini Zila nk bercerita tentang ECZEMA. Rasanya ada di kalangan kita mempunyai anak yang mempunyai masalah kulit yang sensitif ataupun bermasalah. Ini juga terjadi kat Zila sendiri, bila hero ketiga mempunyai masalah kulit sensitif@eczema. Sebagai mama, Zila sendiri cuba macam2 untuk hilangkan masalah kulit kat anak TAPI bukan semudah yang di sangka. Berhabis duit...macam2 ikhtiar di buat, asal ada orang bgtau jew apa yang elok..cepat2 aku dgn en hubby mencarik...memang banyaklah ikhtiar yg kitew org cuba...Sampai ke hospital berjumpa dgn pakar kanak2 kite org bawak. Biasanya memang Zila bawak anak ke Columbia Asia Bukit Rimau Hospital  sebab anak2 semua dah biase dgn mama angkat nya kat sini.hehehhehe...Doktor Izzu memang the best doktor kt sini....Banyak ilmu yang aku dapat drpd Doktor Izzu cara2 nak menjaga kulit utk anak2 yg ada masalah kulit sensitif ini. Memang rumit...memang leceh...TAPI anak kan...aku cuba yang terbaik...

Hero yg ke3 ni mempunyai masalah kulit yg agak teruk...naluri srg ibu...kekadang aku meleleh gak air mata kan...aku ni memang mudah meleleh air mata kalau bab2 anak nih...bak kata memang automatik akan meleleh lah....hahahhaha...
Mohammad Ziqri hero ke3 aku nih....Ziqri bukan jew kena masalah kulit kat muka TAPI sampai ke kaki...Wahhhhhhhhh...memang kalau orang yg tak paham nih kata kita tak jaga anak elok2...Bolehlah cakap cam tu sebab tak kena kat batang hidung sendiri kan...Nak tahu! nak jaga anak yang ada kulit sensitif ni memang rumit....BUKAN SENANG!
kulit Ziqri bukan jew kering...tapi kekadang sampai berair dan berdarah! memang bukan senang nak bagi tangan Ziqri ni tak menggaru...GATAL! itu yg mampu aku ungkapkan....Bayangkan kalau dah menggaru sampai berdarah tu memang tahap gatal yang MAXIMUM bagi aku...asal gatal jew aku letak lah minyak2...konon nak kurangkan gatal! TAK MEMBANTU PUN!
Masalah kulit Ziqri ni start drpd lahir lagik....SO aku tak kenal lagik lah kan dgn Shaklee nih....Masa Ziqri 3bulan baru aku kenal dgn Shaklee nih...TAPI time tu stok HERBAL BLEND ni takde pulak kat semua branch...Wahhhhhhh...memang sesuai dgn namanya KRIM AJAIB! Umur Ziqri dalam 6-7bulan baru baby comel aku nih dapat merasa pakai cream ajaib nih....APA TERJADI???? Alhamdulillah...memang aku bersyukur sesangat....Alhamdulillah....
Nak tau info lanjut tentang herbal blend nih klik kat : https://vitaminsihatmommyzila.blogspot.com/b/post-preview?token=R2cM3UYBAAA.lImn4FHCkOam_P7J4Ox5TQ.LPXBR0oNk_4MHzhKHpVPCg&postId=6904216924203367605&type=POST

Ziqri...Sebelum&Selepas....Alhamdulillah...

JOMMMM...kita study sikit tentang ekzema nih...moga dapat membantu :)

Apa itu ekzema?
Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.
Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?
Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak dapat mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1045604/ekzema-dan-kanak-kanak
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB : https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775 

0 comments:

Post a Comment