Posted by Unknown on 12:12 PM No comments
Batu Karang Hempedu

Assalamualaikum....bertemu lagi untuk entri seterusnya.

Anda pernah dengar panyakit batu karang hempedu? Kita selalu mengambil remeh tentang sesuatu penyakit sehingga ia terjadi pada diri kita sendiri. Betulkan ?
Kebanyakan dari kita tidak pernah atau jarang melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan untuk memastikan kondinasi badan kita berada di tahap kesihatan yang memuaskan ataupun sebaliknya. 

Apa itu batu karang hempedu?

Penyakit ini adalah berkaitan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Kita perlu tahu, pengambilan lemak yang berlebihan akan mengganggu perjalanan darah di dalam badan dan akan menutup saluran-saluran yang penting di dalam badan. Penjagaan pemakanan itu penting bermula dari sekarang dan bukan apabila kita sudah disahkan menghidap penyakit. 

Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala penyakit ini adalah berbeza bergantung kepada di mana aliran hempedu itu terhalang. 


Batu karang hempedu merupakan batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan di temui di dalam pelbagai bentuk , warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu iaitu kolesterol, garam hempedu dan bilirubin wujud secara berlebihan dan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar dan menjadi semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.


Faktor yang mepengaruhi

1. Jantina
Wanita adalah dua kali ganda terdedah kepada penyakit ini kerana mempunyai jumlah hormon estrogen yang berlebihan di dalam badan.  Kehamilan, terapi penggantian hormon dan ubat perancang kehamilan mendedahkan wanita kepada estrogen yang berlebihan di dalam badan.
2. Obesiti
Berat badan berlebihan menyebabkan kadar kolesterol yang tinggi di dalam darah.
3. Diet
Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan faktor utama.
4. Umur
Mereka yang berumur 60 tahun ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
5. Diabetes
Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.

Rawatan
1. Jaga pemakanan dan diet seharian.
2. Ujian darah
3. Ultrabunyi
4. Imbasan tomografi berkomputer atau CT scan
5. Kawal kolesterol di dalam badan

Rawatan alternatif juga boleh di lakukan dengan mengamalkan vitamin untuk menghalang kolesterol daripada bermaharajalela di dalam badan.
KOLESTEROL BAHAYA!

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB : https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775 

0 comments:

Post a Comment