Posted by Unknown on 11:53 AM No comments
Apabila Gastrik Menyerang!!!
Stress Boleh Mengundang Gastrik????

Apakah Gastrik???
Ia terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami simptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati.

Tanda-tanda gastrik
Antara tanda-tanda penyakit gastrik :
* Sakit ulu hati
* Rasa mual
* Rasa perut kembung
* Kemungkinan pesakit juga akan muntah

Gastrik boleh dibahagikan kepada 2 jenis :
1. gastritis iaitu keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut kita.
2. ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Apakah puncanya :
* Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal
* Tekanan/stress
* Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang
* Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii
* Merokok
Secara semulajadi, apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastric. Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.
Selain daripada itu, merokok, pil penahan sakit dan Helicobacter Pylorii akan menghakis permukaan dinding perut secara sedikit demi sedikit. Ketiga-tiga bahan ini akan memberikan risiko kepada seseorang untuk mengidap penyakit gastritis.
Bagi tekanan/stress pula, apabila stress berlaku, asid gastric akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastrik dalam jangka masa yang panjang. 

Jika saya telah mengidap penyakit gastrik apa yang perlu saya buat? 
1. Makan secara teratur
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe
4. Mengawal stress dengan bijak
5. Elakkan minuman berkarbonat
6. Berhenti merokok

Apakah penyakit ini boleh dirawat 
Penyakit gastrik @ gastritis boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya. Namun, keberkesanannya bukan dalam masa sehari dua. Jika penyakit ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk terjadi, begitu juga fasa pemulihannya juga mengambil masa. Oleh itu, perkara yang paling UTAMA adalah berdisiplin untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh menerukkan lagi keadaan penyakit ini. Berita gembira untuk anda adalah penyakit ini boleh sembuh dan tidak perlu pergantungan kepada ubat tetapi dengan syarat langkah yang sepatutnya diambil adalah dipatuhi. Tetapi jika langkah penyembuhan tidak diambil, perkara yang sebaliknya akan berlaku, pesakit boleh tiba-tiba di suatu hari muntah berdarah dan perlu dibedah untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Keadaan ini biasanya amat serius dan boleh membawa maut. Oleh itu, langkah pencegahan adalah lebih baik dari merawat.

Set Gastrik daripada Shaklee dapat membantu anda.

ESP
* Sumber protein yang tinggi dan sifat alkalinya dapat meneutralkan asid di dalam perut.
* Protein ini juga dapat membina sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak akibat daripada hakisan asid hidroklorik semasa proses pencernaan.
Ostematrix
* Merupakan kalsium dengan magnesium dan vitamin D yang dapat membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esphagus yang menyebabkan pedih ulu hati.
Peppermint Ginger Plus
* Mengeluarkan angin gastrik.
* Melegakan ketidakselesaan perut.

Jom dapatkan sekarang!


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB : https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775

0 comments:

Post a Comment