Posted by Unknown on 12:31 PM No comments
APAKAH itu fibroid dan puncanya? 
Apakah ia merbahaya kepada bayi dalam kandungan? 
Apakah rawatan bagi fibroid yang dihidapi semasa hamil?



Fibroid merupakan ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Otot yang membentuk rahim adalah daripada jenis yang dinamai otot licin. Fibroid berasal daripada ketumbuhan yang terjadi pada otot tersebut. Oleh itu, nama lain bagi fibroid ialah leiomioma. Pun begitu, fibroid boleh tumbuh pada organ-organ lain yang mengandungi sel otot licin.

Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia reproduktif, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Pada usia melebihi 35 tahun, kejadian fibroid berlaku secara lebih kerap, iaitu menjangkau sebanyak 40 peratus.

Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 hingga 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/m², wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan juga dalam kalangan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous).

Jenis-Jenis Fibroid
Fibroid 1.Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

Fibroid 2.Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.


Fibroid 3.Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.

Pembesaran fibroid
Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, fibroid biasanya terdapat dalam kalangan wanita pada usia subur. Oleh itu, tidak hairanlah fibroid ditemui dalam kalangan wanita yang hamil. Kadang-kadang fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka semasa seseorang itu hamil. Ada fibroid yang dapat menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Kebanyakan fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap fibroid mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga aras faktor pertumbuhan yang terdapat di dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut.

Mengikut laporan kajian yang dijalankan ke atas wanita hamil yang menghidap fibroid, imbasan ultrabunyi menunjukkan lebih kurang 70 peratus wanita hamil tersebut tidak mengalami pembesaran fibroid semasa hamil. Seramai 30 peratus wanita pula menghadapi pembesaran fibroid dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh pengaruh hormon estrogen yang berada pada aras yang tinggi ketika awal kehamilan.

Hanya segelintir wanita hamil yang diketahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian imbasan ultrabunyi dan kebanyakan wanita yang menghidap fibroid jarang mengalami masalah ketika hamil. Walaupun fibroid didapati membesar ketika hamil, kaum wanita tidak perlu gusar kerana fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak. Pasti ramai di kalangan wanita hamil akan tertanya-tanya adakah fibroid akan menyebabkan kehamilan mereka menghadapi masalah?

Wanita hamil yang menghidap fibroid memerlukan pengawasan berkala. Perkara ini penting untuk memastikan pembesaran janin berlaku dengan baik untuk membantu ibu tidak mengalami keguguran dan kesakitan semasa hamil serta menghindari kelahiran bayi pramatang. Ibu juga berpeluang mempunyai cara terbaik bagi kelahiran bayinya dan tidak mengalami perdarahan yang teruk selepas kelahiran bayi.

Apabila wanita hamil dan menghidap fibroid, beberapa masalah mungkin berlaku. Antaranya termasuklah kehamilan itu berisiko untuk mengalami keguguran, meningkatnya risiko untuk kelahiran pramatang, pembesaran fibroid, kelahiran yang tidak normal dan mengalami perdarahan yang banyak selepas melahirkan bayi.

Berisiko untuk mengalami keguguran
Hal ini berlaku disebabkan oleh kesan fibroid jenis submukosa yang membesar di dalam kaviti (rongga) rahim. Apabila pembesaran berlaku, fibroid ini akan menyebabkan lapisan rahim, iaitu bahagian bagi penempelan janin menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang mencukupi untuk tumbesaran janin tersebut. Selain itu, fibroid juga akan menyebabkan inflamasi di lapisan penempelan dan mengakibatkan janin tidak dapat menempel dengan baik dan hal ini akan menyebabkan keguguran.

Mengalami perdarahan yang banyak selepas melahirkan bayi
Rahim akan mengalami masalah untuk mengecut. Keadaan ini merupakan salah satu penyebab utama tumpahan darah selepas bersalin. Bagi mengelak perkara ini berlaku, pakar perbidanan akan memberikan suntikan ubat yang kuat untuk memastikan rahim tersebut dapat mengecut.

Meningkatnya risiko untuk kelahiran pramatang
Janin dalam kandungan membesar akan menyebabkan rahim membesar pada masa yang sama. Keadaan ini lebih kerap berlaku bagi fibroid yang berada di bahagian bawah rahim yang pada masa yang sama boleh menekan kepala bayi yang belum matang. Keadaan ini boleh menyebabkan wanita tersebut mengalami kontraksi (kesakitan bersalin) lebih awal sebelum waktu yang sepatutnya.

Kelahiran yang tidak normal
Kelahiran normal terganggu jika fibroid berada pada bahagian bawah rahim. Bentuk rahim juga mungkin akan berubah disebabkan kewujudan fibroid. Hal ini akan meningkatkan risiko kedudukan bayi tidak normal seperti melintang atau songsang.

Rawatan
Bagi wanita hamil, doktor hanya akan memberikan rawatan seperti ubat penahan sakit, jika perlu. Ubat penahan sakit selalunya diberikan dalam bentuk suntikan. Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui pembedahan caesarean, sebarang pembedahan membuang fibroid (miomektomi) tidak dilakukan pada masa yang sama.

Hal ini kerana perdarahan yang banyak mungkin akan berlaku ketika pembedahan miomektomi. Perdarahan yang banyak ini mungkin agak sukar dikawal. Keadaan ini berlaku kerana ada saluran darah yang agak banyak dan besar di bahagian rahim ketika hamil berbanding sewaktu tidak hamil.

Pembedahan hanya boleh dilakukan selepas ibu melahirkan anaknya, sekiranya fibroid tersebut berbahaya jika tidak dibuang. Lazimnya saiz fibroid akan diawasi lagi selepas tempoh pantang apabila aras hormon kembali normal.

Rawatan dan Pencegahan Semulajadi  Dengan Shaklee 
Dalam satu kajian, dipercayai dengan mengamalkan herba dan supplement dapat mengecutkan cyst dan fibroid ini dan seterusnya menghilangkannya tanpa pembedahan. Saya cadangkan agar mengambil supplement yang boleh mengatur keseimbangan hormon dan kaya antioksida untuk membantu mengecutkan ketumbuhan dan mencegah pembentukan radikal bebas yang menjadi punca utama kepada ketumbuhan dan kanser. 
Antaranya ialah: 

GLA Complex Bertindak untuk kawal keseimbangan hormon Estrogen & Progesteron.
Bertindak untuk kawal keseimbangan hormon Estrogen & Progesteron.

Carotamax 

Vitamin A terkenal sebagai antioksidan hebat yang mampu berperang melawan kanser yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh.Vitamin ini tersedia pada sumber makanan dalam bentuk retinol dan pada sumber makanan nabati dalam bentuk beta-karoten. Sebagai antioksidan, beta-karoten lebih memainkan peranan. Ia merupakan agen yang sangat efektif dalam menstimulasi sistem kekebalan untuk melindungi tubuh. 
Carotamax adalah vitamin A shaklee dalam bentuk Beta-Carotena dan hanya akan ditukar menjadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri daripada ENAM jenis karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia dan kita sebagai manusia tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja. 

Vitamin C

Vitamin C Shaklee ialah bersifat Sustained Release 500mg yang mana pelepasan perlahan-lahan iaitu 100mg setiap jam. Ia juga mengandungi Bio-flavonoid C complex yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C dan menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan. Fungsi vitamin C adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita.
Vitamin C juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. Vitamin C dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yang boleh menimbulkan gangguan kulit. Proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah. 

Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan larut lemak dan merupakan salah satu pertahanan tubuh terhadap radikal bebas. Peran utamanya adalah menghantikan reaksi rantai radikal bebas yang memproduksi lebih banyak radikal bebas. Vitamin E melindungi sel-sel dan membran dari kerusakan. Vitamin E tidak hanya melindungi sebagai antioksidan yang asam lemak jenuh ganda, namun juga melindungi senyawa larut lemak lain (seperti vitamin A). Vitamin E mengurangi risiko penyakit jantung dengan melindungi LDL dan mengurangi inflamasi.
Vitamin E Complex Shaklee mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB :  https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775  

0 comments:

Post a Comment