Posted by Unknown on 12:35 PM No comments
Assalamualaikum...
Alhamdulillah di puasa yg ke-5 sudah kita....cepat masa berlalu...
In Syaa Allah...moga kita mendapat rahmat dan rezeki yang berlipat ganda di Bulan Ramadhan ini.

Hari ni Zila nak share tentang " Kencing Kotor Semasa Hamil "...
Hari ni pegi klinik tengok ramai pulak ibu2 mengandung kan...Macam best jew...macam seronok jew...hehehhe...konon adew hati nak baby lagi lah kan....Pendam kan lah dulu...
Tapi memang normal bagi setiap ibu mengandung asal pegi klinik jew mesti kena amik Urine Container tu then letak kt kaunter. Memang bagi aku malas nyewwwwwww...Perkara paling malas bila pegi klinik untuk mengandung ini lah bendenyew...hehehehhe...
Tapi nak buat cam ner kan....ikut kan jewlah...Janji baby dalam perut sihat walafiat sudah...

Apa itu Kencing Kotor?

Urinary Tract Infection (UTI) ataupun Jangkitan Kuman Di saluran Kencing adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing uterer (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menghubungkan antara pundi kencing ke luar tubuh).

Siapa yang mudah dijangkiti?
Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor kerana mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki. 

Wanita hamil dan Kencing kotor
Perubahan hormon dikalangan wanita yang hamil selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.
 Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
 Pada masa yang sama, rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebakan pergerakkan air kencing tersekat. Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing, ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.
 Selain itu, kuman bakteria mudah membiak di kalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon). Atas sebab faktor2 ini lah wanita hamil lebih mudah dijangkiti ‘kencing kotor’.
 Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian. Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi yg dilahirkan tidak cukup berat. 

Simptom Kencing Kotor
1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
6. Demam dan seram sejuk.

Pencegahan Kencing Kotor
1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.
2. Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkan pembiakan bakteria.
3. Menjaga kebersihan diri.
4. Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar.
5. Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami.
6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin.
7. Kurangkan makan makanan yang manis atau air yang mengandungi kaffein.
8. Mengambil vitamin c,Bcomplex,dan zinc untuk membantu melawan kuman.

Di harap dengan entry yang tak seberapa ni dapat membantu ibu2 yang mengandung mengatasi masalah yang di hadapi. In Syaa Allah...
Yang penting kita usaha, tawakkal kepada NYA.

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Zila Mokhtar
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kota Kemuning / Shah Alam / Klang / PJ / Subang & Pos Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1030845 ]
Contact No : 016-2061409
Email : zilavirgo@yahoo.com
FB : https://www.facebook.com/pages/DHealth-Vita/1434682450084775 

0 comments:

Post a Comment